Monday 19 September 2011

Phalaenopsis : Mini Phalaenopsis

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحيم

Mini Phalaenopsis - Macam Red Indian pun ada.
Angle lain pula.
Comel tak bunganya.
Mini Phalaenopsis : ??


Antara jenis Phalaenopsis yang terdapat di halaman. Aku kira jenis ini yang agak jarang ditemui selain ianya berbunga kecil dan berbentuk yang agak membujur serta berdaun yang sederhana. Macam rare lah juga. Tetapi aku tidak pasti, mungkin ada juga orang lain yang memiliki dan membiak orkid jenis ini. Hasil carian di halaman internet untuk meneliti jenis-jenis orkid yang agak serupa tetapi tidak berjaya. Terdapat 2 jenis, satu yang menghasilkan bunga yang berwarna putih (belum berbunga) dan bunga warna ungu. Hasil soal selidik, terhadap ibu aku. Menurutnya, jenis orkid tersebut telah mula dijaga dan dipelihara oleh arwah nenek sebelah ayah aku, iaitu sejak hampir 20 tahun yang lepas.




No comments:

Post a Comment