Wednesday 22 December 2010

Nikon D7000 Firmware Ver 1.01 Dah Keluar..

Nikon baru ja posted untuk update firmware bagi Nikon DSLR D7000. Jadi boleh lah download di website Nikon.


Link firmware tu.. http://nikonasia-en.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/6938
"Some users have indicated the occurrence of noticeable bright spots with movie recording of dark scenes or subjects with the Nikon D7000 digital SLR camera. "
http://nikonasia-en.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/6919

Monday 30 August 2010

Tuesday 10 August 2010

Salam Ramadhan al Mubarak 1431H & Selamat Berpuasa !

Semoga beroleh keselamatan dan kebaikan, serta mendapat keredaan ALLAH SWT di dunia & akhirat.

Monday 9 August 2010

LM35DZ Temperature Monitor V2.5

Assalamu'alaikum wbt.

Temperature monitor ni aku guna sensor LM35DZ untuk sense suhu. Jika sebelum ni aku menggunakan NTC thermistor untuk mendapatkan bacaan suhu (belum lagi upload image), kali ni nak test pula LM35DZ. Merujuk pada datasheet sensor ni boleh baca 0 degree C sehingga 100 degree C. Jadi nak dapatkan takat beku bagi H2O dan takat didih H2O tiada masalah.

ADC yang terbina memadai untuk dapatkan reading analog dengan baik.

Lepas ni aku nak tengok formula yang aku buat untuk NTC thermistor tu cukup accurate ke tak, compare dengan LM35DZ.




Video - LM35DZ Temperature Monitor.



Versi yang ni tiada controller. Lain kali aku update image yang boleh ada controller.

Boleh buat apa dengan Temperature Monitor ni?

- anda boleh memerhati bacaan suhu peti ais di rumah anda.
- anda boleh memerhati bacaan suhu peti ais perubatan di klinik anda.
- anda boleh lihat bacaan suhu pada udara yang masuk pada inlet manifold anda.
- anda boleh perhatikan bacaan suhu air semasa anda menjerang air.
- anda boleh memerhatikan suhu radiator motorsikal ataupun kereta anda.
- anda boleh jadikan ia sebagai calibrator semasa anda calibrate medical autoclave (kena tukar sensor).
- anda boleh lihat bacaan suhu dalam kereta anda secara elektronik semasa menggunakan air-cond.

Percaya atau tidak? Udara yang keluar selepas blower kereta aku ialah minimum dua (2) degree C. Punyalah sejuk. Tetapi setelah udara masuk dalam cabin suhu minimum 16 degree C. Namun ia bergantung kepada cuaca juga.

Wednesday 28 July 2010

Honda Wave 100cc CDI - Electric Generator System

Di atas ni diagram penjana elektrik dan juga CDI untuk motosikal Honda Wave 100cc 4-stroke 1-piston menggunakan caburator.


Pada diagram terdapat beberapa medium yang penting terutamanya sistem CDI.

1. Source coil wire (Black/Red) - ~100.0 Vac

    - 100Vac - Step up to ~ 300Vac
    - SCR - switching/control voltage to ignition coil
2. Pulser coil wire (Blue/Yellow) - ~17.0 Vac

    - menggunakan coil pick-up. Belum cukup canggih nak guna Hall effect systems. Haha.

3. Kill Switch wire (Black/White)

    - takda apa pun cuma berfungsi untuk mematikan ignition apabila disambung pada ground.

4. Ground wire (Green)
     - penting. Takda ground sistem tidak lengkap.

5. Ignition coil wire. (Black/Yellow)

     - Step-up voltage dihantar pada ignition coil sebelum Step-up lagi sehingga ~40kV @ 40 000 Volt AC. Jadi berhati sedikit, boleh membawa maut (renjatan elektrik).

Lain perkara yang boleh buat lihat pada diagram?

- RPM (revolution per minute).
- Programmable Ignition system.
- Fuel Injection system.
Honda Wave ni aku RND untuk RPM ja. Lebih projek RND pada Scooter Passion 135cc. Upgrade piston da..

Apa yang perlu buat ialah RND tanpa jemu. Mengkaji dan Menghasilkan. Hehe.

Wednesday 21 July 2010

Maklumat Berkaitan CDI

Link berkaitan CDI:

1. www.mclarenelectronics.com/Products/All/App_Act_Ign.asp
2. en.wikipedia.org/wiki/Capacitor_discharge_ignition
3. www.ignitech.cz/english/aindex.htm
4. www.chinese-parts-canada.com/wire_diagram.html
5. rextorcdi.com/site/?p=7
6. peony888.com/VS/programmableCDI.htm
7. auto-report.sjboygroup.com/?p=709
8. http://titan.ijs.si/MRI/Electric_Current_Density_Imaging.html

Maklumat lain yang baik dan bermanfaat..

1. http://www.vems.hu/wiki/index.php?page=CdiSupply
2. http://fec.eng.monash.edu.au/challenge/
3. http://blkimojokerto.wordpress.com/2009/07/02/sistem-bahan-bakar-injeksi-efi/
4. http://forums.atvconnection.com/chinese-quads/322538-electrically-savy.html
5. http://www.gt128riders.com/forum/index.php?topic=224.15
6. http://www.scrappydogscooters.com/Tech_Talk_with_Mo_.html

Saturday 10 July 2010

Kerja A002 - LM35

Integrated-circuit temperature sensors - LM35 - National

Harga - Sekitar RM 5.00 - RM 12.00 seunit. Kena pandai cari kedai atau tawar menawar.


TO-92

Sensor lain yang agak serupa, ialah DS18B20 - Dallas Semiconductor.

Kelebihan LM35 ni;

- tidak perlu nak calibrate, kalau nak calibrate sangat pun mudah sahaja.
- kos murah.
- tidak pening kepala macam Ntc. Tapi kalau sudah cekap pasal ntc kau senyum sahaja.
- voltan keluaran adalah linear terhadap suhu.
- suhu yang dapat dibaca, -55 degree c sehingga 150 degree c. Sesuai sangat kalau nak digunakan pada tabletop autoclave seperti Eschmann dan Gentinge.
Kalau heating pada 2 bar pressure, paling tinggi pun 135 degree c sahaja. Cukup untuk spore mati.

National LM35

Nak tahu lebih mengenai LM35.

Friday 9 July 2010

Kerja A001 - NTC Thermistor sebagai sensor.

NTC thermistor.


http://www.wecc.com/productinfo.html

NTC ringkasan bagi negative temperature coefficient. Sensor jenis NTC digunakan kerana ianya murah. Tetapi pemilihan jenis NTC mesti dibuat dengan tepat mengikut aplikasi atau berdasarkan sesuatu rekacipta. Calibration didalam penggunaan NTC adalah penting supaya Process Value (PV) mendapat bacaan yang tepat. Oleh itu, sekiranya tidak terdapat data karateristik mengenainya, kajian terhadap nilai resistance vs voltage, ampere boleh dilakukan dengan mudah. Nilai bolehubah tersebut penting untuk dimasukkan dalam formula matematik atau equation yang direka, kemudian microcontroller memproses formula tersebut bagi mendapatkan bacaan suhu yang tepat (accurate).

Voltage Divider.
Litar yang digunakan untuk menghasilkan output bagi input Analog Digital Converter (ADC).

Voltage Reference.
Voltan ni mesti stabil untuk mendapatkan bacaan ADC yang baik. Boleh cuba dan lihat IC MAX6350 keluaran MAXIM.

 Nak tahu lebih lanjut mengenai Thermistor ni.

Senarai komponen yang basic.

Komponen siap dengan harga yang aku lihat kat kedai.
* Harga ni sedia maklum buat aku, setiap kedai berbeza harganya, untuk dapatkan harga lebih murah aku ingatkan diri aku supaya tidak malas buat survey.

Power supply.

1. LM7805
2. Capacitors
3. Diode
4. Led
5. Resistor
6. Battery Connector
7. Switch - penting

Control system.

1. PIC16F877A
2. Soket IC 40pin - RM0.70/unit
2a. Soket PLCC 44pin - RM3.90/unit
3. 4.0Mhz crystal
4. 2.2u Capacitor Oscillator
5. Capacitor
6. LCD display 16x2 - RM23.00 - RM26.00/unit
7. Resistor
8. Reset button
9. CAN Transceiver

Sensor system.

1. NTC Thermistor - RM1.00/unit
2. LM35DZ sensor - RM5.00 - RM12.00/unit
3. RTD - PT100 - RM32.00/unit
4. Resistor
5. Connector 2 pin
6. Wire 2 colour

Input system.

1. Tact Switch x 3 - RM0.25/unit
2. Resistor

Output system.

1. 2N3904
2. Diode
3. Resistor
4. Connector
5. Solid State Relay

Lain-lain.

1. Veroboard
2. Wire

Thursday 8 July 2010

Harga Microcontroller Ver1.0

Senarai PIC untuk dibeli dalam perancangan aku.

PIC16F887-I/P
RS Stock No. 399-410P
Price : RM 9.80/unit

In a pack of 5.
Interface type : MSSP/EUSART

Kedai lain yang aku dah tengok harga RM12.00 /unit. Tiada minimum order.

PIC16F877A-I/P
RS Stock No. 467-1690
Price : RM 36.10/unit

Interface type : MSSP/EUSART/SPI/12C/CCP

Kedai lain aku tengok harga seunit RM17.00. Tiada minimum order. Murah benar.

Monday 5 July 2010

Celik Aku Setelah Tidur

Bagaikan aku terjaga daripada tidur untuk menggalas perut setelah lamanya menutup mata.