Monday 30 August 2010

Tuesday 10 August 2010

Salam Ramadhan al Mubarak 1431H & Selamat Berpuasa !

Semoga beroleh keselamatan dan kebaikan, serta mendapat keredaan ALLAH SWT di dunia & akhirat.

Monday 9 August 2010

LM35DZ Temperature Monitor V2.5

Assalamu'alaikum wbt.

Temperature monitor ni aku guna sensor LM35DZ untuk sense suhu. Jika sebelum ni aku menggunakan NTC thermistor untuk mendapatkan bacaan suhu (belum lagi upload image), kali ni nak test pula LM35DZ. Merujuk pada datasheet sensor ni boleh baca 0 degree C sehingga 100 degree C. Jadi nak dapatkan takat beku bagi H2O dan takat didih H2O tiada masalah.

ADC yang terbina memadai untuk dapatkan reading analog dengan baik.

Lepas ni aku nak tengok formula yang aku buat untuk NTC thermistor tu cukup accurate ke tak, compare dengan LM35DZ.




Video - LM35DZ Temperature Monitor.



Versi yang ni tiada controller. Lain kali aku update image yang boleh ada controller.

Boleh buat apa dengan Temperature Monitor ni?

- anda boleh memerhati bacaan suhu peti ais di rumah anda.
- anda boleh memerhati bacaan suhu peti ais perubatan di klinik anda.
- anda boleh lihat bacaan suhu pada udara yang masuk pada inlet manifold anda.
- anda boleh perhatikan bacaan suhu air semasa anda menjerang air.
- anda boleh memerhatikan suhu radiator motorsikal ataupun kereta anda.
- anda boleh jadikan ia sebagai calibrator semasa anda calibrate medical autoclave (kena tukar sensor).
- anda boleh lihat bacaan suhu dalam kereta anda secara elektronik semasa menggunakan air-cond.

Percaya atau tidak? Udara yang keluar selepas blower kereta aku ialah minimum dua (2) degree C. Punyalah sejuk. Tetapi setelah udara masuk dalam cabin suhu minimum 16 degree C. Namun ia bergantung kepada cuaca juga.