Friday 9 July 2010

Kerja A001 - NTC Thermistor sebagai sensor.

NTC thermistor.


http://www.wecc.com/productinfo.html

NTC ringkasan bagi negative temperature coefficient. Sensor jenis NTC digunakan kerana ianya murah. Tetapi pemilihan jenis NTC mesti dibuat dengan tepat mengikut aplikasi atau berdasarkan sesuatu rekacipta. Calibration didalam penggunaan NTC adalah penting supaya Process Value (PV) mendapat bacaan yang tepat. Oleh itu, sekiranya tidak terdapat data karateristik mengenainya, kajian terhadap nilai resistance vs voltage, ampere boleh dilakukan dengan mudah. Nilai bolehubah tersebut penting untuk dimasukkan dalam formula matematik atau equation yang direka, kemudian microcontroller memproses formula tersebut bagi mendapatkan bacaan suhu yang tepat (accurate).

Voltage Divider.
Litar yang digunakan untuk menghasilkan output bagi input Analog Digital Converter (ADC).

Voltage Reference.
Voltan ni mesti stabil untuk mendapatkan bacaan ADC yang baik. Boleh cuba dan lihat IC MAX6350 keluaran MAXIM.

 Nak tahu lebih lanjut mengenai Thermistor ni.

No comments:

Post a Comment