Thursday 9 June 2011

Pelaburan di Bank Islam.

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحيم
www.tabunghaji.gov.my/

Alhamdulillah. Perancangan dan niat untuk buka akaun di Bank Islam baru terlaksana minggu lepas. Dengan adanya akaun di bank ini segala urusan perbankan untuk akaun Tabung Haji lebih lah mudah, insyaALLAH. Pelanggan Tabung Haji sekarang boleh menggunakan perkhidmatan ATM dan mesin deposit tetapi ada caj yang dikenakan; untuk pengeluaran wang: RM1.00 setiap transaksi, deposit wang: RM1.00, Semak baki: tiada caj dikenakan. Walaubagaimanapun, pelanggan Tabung Haji hendaklah terlebih dahulu membuat mana-mana akaun di Bank Islam, kemudian perlu mengisi borang Pendaftaran Tabung Haji. Nilai RM1.00 yang dicaj tersebut walaupun dianggap besar untuk sesetengah orang, tetapi kerjasama antara Tabung Haji dengan Bank Islam banyak menjadikan setiap pelanggan Tabung Haji mampu tersenyum manis apabila adanya perkhidmatan sedemikian, macam saya. Hehe.

Sambil menyelam minum air, itulah gambarannya apabila pertama kali membuat akaun di bank tersebut. Peluang untuk menanyakan segala bentuk perkhidmatan dan tawaran yang ada dan boleh diperoleh daripada bank. Salah satunya ialah berkaitan pelaburan. Siapa saja dengar pelaburan terbayang dalam fikiran ASB, Forex, MLM, Skim Cepat Kaya. Ha.. Saja je. Pelaburan dari segi wang ringgit ini, seseorang mestilah berwaspada dan beringat untuk memastikan keuntungan dan rezeki yang diperolehi walaupun sedikit mesti halal dan baik. Kerana dengan rezeki yang diberkati inilah umat Islam dapat melahirkan diri, isteri, zuriat dan keluarga yang berkualiti malah mampu menyebarkan syiar Islam. Rezeki yang halal dan baik, menjadikan diri kita sihat.

Ok. Antara perkara yang dapat diketahui antaranya ialah Akaun Pelaburan-i Am.

Contoh Sijil Akaun Pelaburan-i

"Bank Islam menawarkan kemudahan Akaun Pelaburan-i Am untuk anda mendapatkan keuntungan maksimum melalui pelaburan anda. Kemudahan ini berlandaskan kontrak Mudharabah. Ia menganggap anda sebagai pengeluar modal dan Bank sebagai usahawan. Keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan ini akan dikongsi bersama-sama antara kedua-dua pihak mengikut nisbah yang ditetapkan terlebih dahulu"
... sumber bankislam.com.my

" MANFAAT
  1. Zakat atas simpanan yang dibayar oleh Bank.
  2. 
  3. Keuntungan diagih berdasarkan nisbah perkongsian keuntungan yang ditentukan oleh Bank. Bagi simpanan baharu, Bank mempunyai budi bicara untuk mengkaji semula Nisbah Perkongsian Keuntungan (PSR) dari semasa ke semasa. PSR yang dikaji semula tidak akan menjejaskan simpanan yang sedia ada. Klik di sini untuk mendapatkan Nisbah Perkongsian Keuntungan dan Kadar Indikatif.
  4. Pengkreditan keuntungan bulanan.
  5. Keuntungan dibayar meskipun bagi pengeluaran pramatang." ... sumber bankislam.com.my
Kalau mahu maklumat lebih lanjut boleh ke laman sesawang mereka www.bankislam.com.my atau jumpa Pegawai Khidmat Pelanggan di bank.

Percuma je ni..

1 comment:

  1. Lupa nak sebut..
    Membuat simpanan berbentuk fizikal emas adalah lebih baik dan bermanfaat daripada simpan duit lama-lama dalam bank.

    ReplyDelete